Dua Tonggak Kedah Tidak Beraksi Menentang Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah tidak dapat menurunkan dua tonggak utamanya, Mohd Khairul Helmi Johari dan Mohd Sabre Mat Abu, akibat tindakan disiplin, pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, menentang Kelantan, di Stadium Darulaman, di sini, Rabu ini.

Ketua jurulatih Kedah, Ahmad Yusof, bagaimanapun, berkata kehilangan khidmat dua pemain itu tidak akan mematahkan semangat rakan sepasukan lain untuk terus memburu kejayaan pada perlawanan itu.

Beliau yakin pemain gantian bagi dua pemain itu dapat memikul tanggungjawab dengan baik bagi memastikan Kedah dapat melangkah ke perlawanan akhir nanti.

Kedah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 5-2 selepas menewaskan Terengganu 3-0 pada perlawanan timbal balik kedua suku akhir di Staium Darulaman malam tadi.

"Memang berlaku sedikit kecacatan apabila Mohd Sabre dan Mohd Khairul Helmi tidak dapat bermain tetapi ia tidak mematahkan semangat pasukan," kata Ahmad Yusof, Ahad.

Pada perlawanan semalam, Mohd Sabre menerima kad kuning ke tiga selepas mengasari pihak lawan manakala Mohd Khairul Helmi dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning, dua minit sebelum tamat perlawanan.

Ahmad Yusof berkata pada edisi Piala Malaysia musim ini dua pemain Kedah, Mohd Fazliata Taib dan V. Thirumurugan juga tidak beraksi akibat kecederaan dan masih dalam proses pemulihan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan