Selangor Dominasi Senarai Pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekalipun terkeluar pada suku akhir Piala Malaysia malam tadi, jaguh Selangor masih mampu mendomniasi senarai pencalonan bagi edisi ketiga Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM.

Berikutan mesyuarat kedua panel pemilihan dan mendapat isyarat kelulusan daripada jurulatih kebangsaan K. Rajagobal, gergasi Lembah Klang itu dicalonkan dalam lima daripada enam senarai yang ada bagi sejumlah tujuh calon - termasuk K. Devan bagi Jurulatih Terbaik.

"Terdapat empat pasukan yang dominan tahun ini sekalipun Selangor dan Kelantan barangkali dilihat paling konsisten.

"Negeri Sembilan dan Kedah menunjukkan mereka mempunyai bekalan untuk memenangi perlawanan sementara Terengganu muncul berperingkat-peringkat.

"Sebagai seorang jurulatih, sememangnya kami mahu pasukan yang bermain dalam liga Malaysia lebih konsisten dan dapat bermain dengan semangat yang sama kental dari minggu ke minggu.

"Setakat ini, tidak banyak pasukan dapat lakukan begitu. Dan saya yakin pencalonan bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM sendiri dapat menjelaskannya," kata Rajagobal dalam satu kenyataan.

Bagi Selangor, yang memenangi Piala Sumbangsih dan Liga Super Malaysia musim ini, mereka mempunyai calon bagi Penjaga Gol Terbaik menerusi Hamsani Ahmad dan Mohd Nasriq Baharom bagi Pertahanan Terbaik.

Mereka juga mempunyai tiga pemain untuk Pemain Tengah Terbaik (Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal) sementara Mohd Safee Sali dicalonkan untuk Penyerang Terbaik.

Satu-satunya anugerah Selangor tidak mempunyai calon ialah untuk Pemain Harapan Terbaik di mana hanya ada dua calon - Mohd Faizal Abu Bakar (penyerang Kedah - berusia 20 tahun) dan Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol Kelantan - 21 tahun).

Dengan Selangor begitu dominan dengan tujuh calon, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah mempunyai pencalonan kedua terbanyak dengan masing-masing empat orang.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 tahun ini akan berlangsung di Petaling Jaya Hilton pada 2 November ini.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan