Akademi Bola Sepak Akan Dibina Di Kuantan

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan merancang membina sebuah akademi bola sepak yang dilengkapi kemudahan tercanggih termasuk mempunyai 12 buah padang di kawasan sekitar Kuantan, Pahang.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang meneliti satu kawasan seluas 20 hektar bagi tujuan pembinaan akademi tersebut.

"Venue khusus dan tarikh pembinaan sedang dibincangkan. Pembinaan akademi tersebut akan menggunakan peruntukan RM20 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri semasa membentangan Bajet 2011 semalam," katanya, Sabtu.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi penubuhan Akademi Bola Sepak di Pahang bagi melahirkan pemain bola sepak negara yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Ahmad Shabery berkata beliau akan memastikan akademi tersebut mempunyai segala kemudahan tercanggih termasuk pemilihan rumput padang yang betul bagi meminimumkan kos penyelengaraannya.

Beliau berkata kawasan di sekitar Kuantan dipilih kerana ia mempunyai pelbagai kemudahan termasuk terdapat banyak hotel penginapan.

"Ia merupakan gandingan sukan dan pelancongan. Anak-anak berlatih di akademi dan ibu bapa yang mengiringi anak mereka boleh menginap di hotel-hotel berhampiran," katanya.

Ditanya tentang keistimewaan yang diberikan kepada sukan bola sepak dalam bajet kali ini, beliau berkata bola sepak sememangnya istimewa kerana ia mempunyai tarikan besar untuk menyatukan rakyat.

"Sukan bola sepak sebenarnya sukan yang mahal. FAM sebagai contoh menghadapi masalah kewangan akibat pengharaman penajaan daripada syarikat rokok bermula pada 2004," katanya.

Sebagai rekod, penaja utama FAM sebelum ini ialah Dunhill yang menaja RM35 juta setahun.

Selepas pengharaman, Telekom Malaysia pula menjadi penaja utama dengan tajaan RM8.5 juta setahun.

"FAM hilang punca pendapatan dan saya fikir mereka perlu diberikan ganti rugi dalam bentuk lain dengan pertolongan kerajaan seperti pembinaan akademi bola sepak, dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berkualiti," jelas Ahmad Shabery. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan