Kes Penjualan Liverpool Terus Temui Jalan Buntu

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERGELUTAN berhubung pengambil alihan Liverpool semakin rancak diperdebatkan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menolak permohonan pemilik kelab itu, Tom Hicks dan George Gillett supaya pengerusi The Reds dipenjarakan kerana menghina mahkamah.

Mahkamah Tinggi memutuskan pada Rabu bahawa Liverpool akan dijual kepada New England Sports Ventures bernilai 300 juta pound (RM1.48 bilion) sebelum Gillett dan Hicks memperoleh sekatan sementara dari mahkamah di Texas.

Dalam kenyataan balas, peguam Royal Bank of Scotland bertemu dengan hakim di London dan membenarkan injunksi untuk membantah perintah mahkamah Dallas yang tiada hubung kait dengan Texas.

Belum mahu menyerah kalah, Hicks dan Gillett kembali ke mahkamah Dallas, menfailkan tuntutan dakwaan menghina mahkamah terhadap pengerusi Martin Broughtin dan defendan lain supaya dipenjarakan.

Kes itu akan disambung semula hari ini, tiga jam sebelum tarikh tutup kedua-dua usahawan dari AS itu dikehendaki akur dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, jutawan dari Singapura, Peter Lim membuat pengumuman bahawa dia menarik diri daripada meneruskan bidaan terhadap Liverpool.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan