Kes Gaduh: Lawan Tanpa Penonton Atau Digantung?

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Melangsungkan perlawanan tanpa penonton ataupun digantung perlawanan, demikian amaran Naib presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau menyebut hukuman yang mungkin dikenakan jika tercetus lagi kekecohan dan pergaduhan antara penyokong pasukan Selangor dengan Kelantan pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia kedua di Kota Baharu malam Jumaat.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pertandingan tempatan FAM di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata jika insiden 12 Oktober lepas di Stadium Shah Alam berulang, pihaknya mungkin juga mengambil tindakan seperti memotong tiga mata bagi setiap pasukan.

"Kita (FAM) juga boleh mengambil tindakan denda maksimum sehingga RM100,000," katanya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat keputusan pada Selasa ini mengenai kes pergaduhan itu.

Hamidin berkata FAM akan juga mengadakan perjumpaan dengan persatuan kedua-dua pasukan pada hari berkenaan bagi membincangkan jumlah kos kerugian yang perlu ditanggung oleh kedua-dua pasukan itu berikutan kerosakan Stadium Shah Alam itu. Insiden itu berlaku selepas Selangor sebagai tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan.

Walau bagaimanapun keadaan tersebut berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Hamidin berkata pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden 1 Bola sepak Negeri Pahang, Datuk Dr.Omar Othman, jawatankuasa itu bersetuju membuat perubahan pada jadual perlawanan Liga-Malaysia pada musim hadapan.

"Kita telah bersetuju Liga Super pada musim hadapan akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat, Liga Perdana akan diadakan pada hari Rabu dan Ahad, manakala perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia pula pada Isnin dan Jumaat," katanya. Beliau berkata Piala FAM pula akan diadakan pada hari Ahad dan Piala Presiden pada Sabtu.

Hamidin berkata perubahan pada jadual perlawanan itu dilakukan atas beberapa faktor termasuk mengambil kira jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), kos kewangan dan lain-lain.

"Pasukan dan kelab yang bertanding dalam Liga-M juga diberi peluang untuk memilih sama ada ingin mengadakan pada waktu petang atau malam.

"Namun mereka tidak dibenarkan untuk menukar jadual perlawanan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

"Kita memberi ruang pasukan memilih waktu bermain bermula 4.15 petang untuk Sabah dan Sarawak, 5 petang untuk Semenanjung manakala waktu bermain pada malam adalah 8 malam untuk Sabah dan Sarawak dan 8.45 malam untuk Semenanjung," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan