Polis Sahkan Penyokong Bola Sepak Mati Mengejut

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Polis mengesahkan kematian seorang penyokong bola sepak pasukan Kelantan selepas menyaksikan perlawanan menentang Selangor malam, Rabu di Stadium Shah Alam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata mangsa, Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok, Kelantan meninggal dunia sebaik tiba di tempat letak kereta selepas menonton perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

"Mangsa sebenarnya telah mengadu sakit dada kepada rakan-rakannya ketika menonton perlawanan itu, dan telah diberikan rawatan oleh pasukan paramedik, namun sebaik tamat perlawanan, mangsa dikatakan semakin lemah dan terus meninggal dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pondok Polis Alam Jaya, di Ijok, Rabu.

Sehubungan itu, beliau menolak desas-desus bahawa mangsa mati akibat pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan malam, Selasa.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis belum mendapat salinan akuan bersumpah (SD) Muhamad Rahimi Osman, bekas pembantu penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dokumen itu ditandatangani Muhamad Rahimi berhubung kes liwat Anwar dan Mohd Saiful pada 2008.

"Kita telah merakam lebih dari tujuh percakapan individu yang dikaitkan dengan SD itu, termasuk Latheefa Koya (Ketua Penerangan PKR) semalam dan akan memanggil beberapa lagi individu, termasuk wakil rakyat," katanya.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan termasuk meneliti rakaman percakapan yang telah dibuat.

Sementara itu, Khalid sekali lagi meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati berhubung kes yang berlaku kerana ia akan menganggu siasatan, serta boleh menimbulkan salah faham kepada orang ramai.

"Biar polis siasat dulu, jangan buat kenyataan yang seperti menangguk di air keruh," katanya.

Terdahulu, Khalid berkata hubungan dua hala antara masyarakat dan polis adalah amat penting dalam membendung kadar jenayah seperti yang dilakukan di kawasan perniagaan dan industri Alam Jaya di sini.

Beliau berkata sejak pembukaan pondok polis di Alam Jaya itu, kadar jenayah di kawasan berkenaan semakin berkurangan.

"Setakat ini, kita tempatkan dua anggota di pondok polis ini dan akan dibantu pasukan peronda serta anggota dari Kuala Selangor. Pertambahan anggota juga akan dibuat secara berperingkat-peringkat," katanya.

Pondok polis seluas dua unit rumah kedai dua tingkat yang bernilai kira-kira RM1.1 juta itu merupakan sumbangan pemaju kawasan perniagaan di Alam Jaya iaitu Barisan Elite Sdn Bhd. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan