Buruan Gol Di Kota Baru Bukan Masalah Besar

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemburuan Selangor untuk sekurang-kurangnya seri dengan satu jaringan menentang Kelantan pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia Jumaat ini di Kota Baru bukanlah satu masalah yang besar, kata jurulatihnya K. Devan.

Menurutnya, pemain-pemain 'The Red Giants' mempunyai masa 90 minit permainan dan tahu cara untuk merealisasikannya seterusnya layak ke perlawanan separuh akhir.

Setelah terikat 0-0 pada suku akhir pertama di Shah Alam malam, Selasa, Selangor memerlukan sekurang-kurangnya seri 1-1 untuk selesa menempah tiket ke perlawanan separuh akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

"Pemain kita telah menunjukkan corak permainan yang terbaik pada malam tadi malah pasukan kita nyata mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi penyudah kita tiada.

"Namun, saya sedikit kecewa dengan keputusan tersebut kerana prestasi pemain Selangor tidak seperti yang diharapkan dalam menentang pasukan Kelantan kerana mereka sememangnya satu pasukan yang kuat," katanya ketika dihubungi.

Devan berkata layangan kad merah terhadap pemainnya P. Gunalan dan pemain Kelantan Norshahrul Idlan Talaha yang diarah keluar padang oleh pengadil, Rosdi Shaharul kerana saling mengasari antara satu sama lain pada separuh masa pertama sedikit sebanyak telah menjejaskan corak perlawanan.

"Pemain kita sememangnya bermain dalam keadaan yang tertekan kerana buntu mencari gol dan ini ditambah lagi dengan masalah Gunalan dilayangkan kad merah.

"Kita telah membuat percaturan taktikal dengan 11 pemain maka apabila satu pemain kurang, semuanya berubah dan terganggu. Ini kerana setiap pemain kita perlu bekerja lebih dan ini yang kita nampak pemain-pemain keletihan sama ada di pihak kita mahupun pihak Kelantan," katanya.

"Saya bakal menurunkan barisan terbaik pada perlawanan itu nanti dan akan mempastikan pemain berjuang berhabis-habisan," katanya mengulas perlawanan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV Jumaat ini.

Mengenai suasana kekacauan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan di Stadium Shah Alam malam, Selasa, Devan berkata fokus pasukannya tidak teralih kepada gelagat penyokong kerana menumpukan perhatian ke atas perlawanan.

"Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa fokus semasa turun padang bermain bola. Kita tidak perlu hiraukan apa yang berlaku di luar padang kerana permainan lebih penting," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan