Piala Malaysia: Peluang Ke Separuh Akhir Masih Terbuka Luas

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peluang untuk ke saingan separuh akhir masih terbuka luas buat lapan pasukan ketika hanya Negeri Sembilan dan Johor FC mampu mencatat kemenangan tipis pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung malam Selasa.

Juara bertahan, Negeri Sembilan menewaskan Perlis 1-0 sementara Johor FC menumpaskan Pahang dengan jumlah jaringan yang sama. Naib juara tahun lepas, Kelantan berjaya mengikat juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor, tanpa sebarang jaringan sementara Terengganu terikat 2-2 dengan Kedah.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung Sabtu ini.

Di SEREMBAN, Negeri Sembilan menewaskan Perlis 1-0 pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh pemain gantian Shahurain Abu Samah pada minit ke-50.

Negeri Sembilan menguasai sebahagian besar perlawanan separuh masa pertama, namun sekurang-kurangnya lima peluang tidak dimanfaatkan dengan jaringan.

Perlis pula dilihat sesekali membuat serangan balas namun gagal melepasi benteng tuan rumah yang dikemudi Shukor Adan dan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.

Usaha tuan rumah mendapatkan gol akhirnya berhasil apabila bola lorongan Abdul Halim Zainal di depan pintu gol lawan, disudahkan oleh Shahurain untuk menewaskan penjaga gol Perlis Suhardy Alby pada minit ke-50. Di JOHOR, Johor FC menumpaskan Pahang 1-0 pada perlawanan di Stadium JCORP Pasir Gudang.

Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Khairi Kiman pada minit ke-60 untuk menumpaskan penjaga gawang lawan, Mohd Rosfaizul Azuar Ali.

Di SHAH ALAM, Selangor gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri selepas terikat tanpa jaringan dengan Kelantan pada perlawanan di Stadium Shah Alam.

Berlaku sedikit kekecohan di luar stadium itu ketika tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, tetapi berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Di KUALA TERENGGANU, Terengganu terikat 2-2 dengan Kedah.

Tuan rumah memperoleh gol menerusi jaringan Joseph Kallang Tie pada minit ke-57 dan Firdaus Mohd Faudzi (minit ke-68) sementara gol Kedah dijaringkan oleh Shahurai Abu Samah (minit ke-51) dan Khairi Kiman (minit ke-60). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan