Jutawan Singapura Terus Bida Liverpool

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JUTAWAN dari Singapura, Peter Lim (gambar) yang gagal dalam bidaan terdahulu untuk mengambil alih Liverpool dilaporkan memperbaharui tawarannya terhadap kelab Liga Perdana Inggeris itu, menurut jurucakap beliau.

"Peter telah menulis surat kepada pihak lembaga pengarah Livepool. Dia bersedia untuk memperbaharui tawarannya," katanya kepada Reuters.

Menurutnya, Peter yang terlibat dengan urus niaga saham merupakan pembida dari Asia yang nama beliau tidak didedahkan dalam usaha untuk mengambil alih Liverpool baru-baru ini.

Namun, beliau tewas kepada pemilik pasukan Besbol Boston Red Sox yang melakukan bidaan lebih tinggi.

Urusan jual beli Liverpool sentiasa menjadi topik hangat media di barat sejak akhir-akhir ini selepas pemilik bersama, Tom Hicks dan George Gillett mengumumkan penjualan kelab itu, April lalu.

Hick dan Gillett yang dikritik hebat akan terus membantah tindakan pengerusi Martin Broughton untuk meluluskan penjualan Liverpool dan memaksa perkara itu diheretkan ke Mahkamah Tinggi di London, Selasa.

Menurut Majalah Forbes, Lim, individu kelapan terkaya di Singapura dianggarkan memiliki aset kekayaan bernilai $1.6 juta bilion (RM3.8 bilion).

Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam firma kelapa sawit terkemuka dunia, Wilmar dan pengeluar jenama pakaian FJ Benjamin di Singapura.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan