Terry Terlepas Aksi Menentang Montenegro

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan England, John Terry terlepas aksi menentang Montenegro pada pusingan Kelayakan Euro 2012 Selasa ini selepas mengalami kecederaan belakang pada sesi latihan.

“Terry diperiksa oleh pasukan perubatan England Ahad lalu dan dia disahkan tidak cergas untuk beraksi pada Selasa ini,” katanya.

Pengurus England, Fabio Capello tidak menggantikan tempat Terry itu sebaliknya akan menggunakan Rio Ferdinand sebagai pemain tengah, manakala Joleon Lescott akan menjaga kubu pertahanan England seperti yang dilakukan ketika menentang Switzerland bulan lalu.

Terry merupakan pemain ketiga dikeluarkan daripada skuad selepas Aaron Lennon dan Phil Jagielka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan