Pasukan Bola Sepak Wanita Tetap Ke Sukan SEA Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan tetap menghantar pasukan wanita negara bertanding pada Sukan SEA di Indonesia tahun depan walaupun pasukan itu tidak menunjukkan prestasi membanggakan pada Sukan SEA yang lepas di Laos.

Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata persiapan rapi membentuk pasukan itu akan dilakukan segera.

"Kita tidak mahu lagi pembentukan pasukan itu dibuat secara tergesa-gesa seperti sebelum ini yang antara sebab prestasi pasukan itu agak mengecewakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bagi membentuk jawatankuasa bola sepak wanita di sini, Khamis.

Mereka yang dilantik menganggotai jawatankuasa itu ialah Naib Presiden FAM Datuk Seri Abdullah Hishan sebagai timbalan pengerusi manakala anggotanya terdiri Tengku Dara Naquiah Tuanku Jaafar, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datin Malianah Ugau, Jen Datuk Zulkifli Md Zain, Datuk Roslan Ahmad, Awangku Perseh Pangeran Abu Bakar, Ee Hong, Prof Dr N Rajeswari dan Tengku Ellie Badariah Tengku Ahmad.

Annuar, yang mempengerusikan jawatankuasa itu, berkata bagi mewujudkan satu pasukan mantap, FAM bersetuju untuk menganjurkan semula kejohanan merebut Piala Tun Sharifah Rodziah pada April tahun depan.

"Kita akan adakan satu karnival selama 10 hari yang akan disertai pasukan wanita di setiap negeri. Karnival ini akan dijadikan landasan memilih pemain-pemain terbaik untuk membentuk satu pasukan wanita yang akan menggalas harapan negara ke Sukan SEA tahun depan," katanya.

Beliau berkata semua badan gabungannya di setiap negeri perlu membentuk pasukan wanita masing-masing bagi menyertai karnival itu.

Annuar berharap pihak swasta akan menjadi penaja kejohanan liga membabitkan pasukan wanita beberapa tahun lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan