Newcastle Mahu De Jong Dihukum

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ben Arfa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan serius akibat terjahan kasar De Jong.
Ben Arfa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan serius akibat terjahan kasar De Jong.

NEWCASTLE United mengemukakan tuntutan agar pemain tengah Manchester City, Nigel de Jong dikenakan hukuman kerana melakukan terjahan kasar ke atas Ben Arfa.

Insiden mengerikan itu membawa khabar buruk kepada De Jong yang memaksa dia terlepas peluang mewakili skuad kebangsaan Belanda.

Terjahan yang dilakukan ketika City menewaskan Newcastle 2-1 itu menyebabkan Ben Arfa mengalami keretakan teruk di bahagian kaki kirinya dan memerlukan pembedahan segera.

"Newcastle United FC, Selasa menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak berhubung terjahan itu.

"Kami telah meminta FA untuk melakukan tindakan sewajarnya ke atas De Jong kerana menyifatkan kekasaran itu sebagai kekejaman melampau," menurut Newcastle dalam satu kenyataan.

De Jong yang berlepas ke Belanda untuk menyertai rakan sepasukan digugurkan oleh pengurus Bert van Marwijk daripada skuad utama bagi kelayakan Euro 2012 menentang Moldova, Jumaat ini dan Sweden, empat hari kemudian.

Bagaimanapun, Pengurus City, Roberto Mancini memberikan sokongan penuh kepada pemain berusia 25 tahun itu pada Selasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan