Liverpool Terima Dua Bidaan Baru

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL menerima dua tawaran bantuan kewangan terbaik bagi mengambil alih kelab itu yang akan melunaskan bebanan hutang mereka untuk jangka masa panjang.

Pemilik pasukan besbol Boston Red Sox dilaporkan mengemukakan tawaran manakala satu lagi bidaan diterima dari Asia.

The Red Sox tidak mengeluarkan sebarang komen lanjut.

"Mesyuarat lembaga pengarah dipanggil, Selasa untuk menilai bidaan itu dan meluluskan penjualan berkenaan.

"Pemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillet akan menyingkirkan Pengarah Urusan Christian Purslow dan Pengarah Komersial, Ian Ayre daripada senarai lembaga pengarah dan menggantikan mereka dengan Mack Hicks dan Lori Kay McCutcheon.

"Perkara itu kini masih lagi dikaji dan pengumuman lanjut akan dilakukan dalam tempoh terdekat," lapor Liverpool dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hicks dan Gillett, tawaran itu tidak berbaloi tetapi mereka yakin dapat mencari pembeli yang boleh menentukan masa depan The Reds.

"Kami akan terus mencari jalan untuk menjual kelab ini tanpa proses persetujuan oleh pemilik," jelas mereka.

Hicks dan Gillett yang mengambil alih kelab itu pada Februari 2007 mengarahkan Barclays Capital pada April untuk mencari pembeli baru dan melantik pengerusi British Airways, Broughton untuk memantau proses penjualaan kelab berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan