Mascherano Kekal Di Anfield

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Roy Hodgson percaya Inter Milan tidak akan menyempurnakan perpindahan Javier Mascherano (gambar) sebelum pasaran perpindahan pemain ditutup.

Pemain tengah itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke San Siro sejak bekas pengurus The Reds, Rafael Benitez mengemudi juara Eropah itu pada awal musim panas ini.

"Saya bercakap dengan Massimo Moratti berhubung kenyataan mereka tidak akan berjaya membeli pemain Liverpool.

"Saya percaya mereka hanya berminat terhadap dua pemain kami dan mereka tidak akan berjaya mengikat pemain berkenaan. Moratti memberitahu mereka tidak akan berbuat demikian," kata Hodgson.

Kapten Argentina itu menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Anfield atas alasan peribadi apabila dia melapor diri untuk latihan pra musim selepas tamat kempen Piala Dunia.

Liverpool pernah memberitahu mereka hanya akan melepaskan Mascherano jika menerima tawaran lumayan bernilai 25 juta pound (RM122 juta).

Begitupun, Hodgson menegaskan bahawa beliau mahu mempertahankan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Hanya pemain tengah, Alberto Aquilani yang akan berhijrah ke Itali secara pinjaman selepas bergelut dengan kecederaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan