Real Madrid Bakal Jual Dua Pemain - Bola Sepak | mStar

Real Madrid Bakal Jual Dua Pemain

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUSAN Real Madrid mengambil langkah akan menjual segera dua orang pemainnya sebelum musim perpindahan ditutup pada 31 Ogos ini.

Keputusan menjual pemain ini adalah disebabkan pasukan hanya akan menyimpan 26 orang pemain termasuk enam pemain baru yang dibelinya musim ini.

Menurut Pengurus Besar Real Madrid, Jorge Valdano, langkah ini adalah untuk memantapkan lagi pasukan kendalian Jose Mourhinho ini.

"Kami akan menjual mereka dalam beberapa hari lagi, namun ia tidak melibatkan pemain asal Sepanyol," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Walaupun Valdano tidak menyebut nama-nama pemain yang bakal dijual itu, namun media di Sepanyol yakin kemungkinan tiga nama yang tersenarai termasuk Rafael van der Vaart, Lassana Diarra, Fernando Gago, dan Mahamadou Diarra.

Biarpun teka-teki siapa yang bakal dijual, yang pasti, Real Madrid telah berjaya mencapai impian mereka dengan mengikat enam bintang dunia iaitu Mesut Oezil, Sami Khedira, Angel Di Maria, Pedro Leon, Sergio Canales dan Ricardo Carvalho.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan