Krasic Mantapkan Pasukan Juventus - Bola Sepak | mStar

Krasic Mantapkan Pasukan Juventus

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Krasic (kiri) ketika menentang pemain Cameroon pada Piala Dunia Jun lalu.
Aksi Krasic (kiri) ketika menentang pemain Cameroon pada Piala Dunia Jun lalu.

PEMAIN sayap Serbia, Milos Krasic mengubah angin permulaan musim baru ini apabila disahkan mengikat kontrak bersama Juventus.

Krasic yang sebelum ini beraksi dengan CSKA Moscow mengikat kontrak selama lima tahun dengan jumlah perpindah sebanyak RM60.3 juta.

Aksi cemerlang Krasic pada Piala Dunia Jun lalu berjaya memikat Juve sekali gus kedatangannya mampu menguatkan pasukan yang telah kehilangan dua tonggak utama mereka, Christian Poulsen ke Liverpool dan Tiago berpindah ke Atletico Madrid.

Sebelum ini Krasic juga turut membantu pasukan lamanya menjuarai Liga Rusia dua kali, Piala Rusia empat kali, dan Piala UEFA 2005.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan