Xtioneer Tekad Bangkit Di Filipina

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Xtioneer tekad mempamerkan aksi terbaik di Filipina hujung minggu ini.
Pasukan Xtioneer tekad mempamerkan aksi terbaik di Filipina hujung minggu ini.

PETALING JAYA: Pasukan Pasukan Xtioneer 1 dan Xtioneer 2 bakal mengibar jalur Gemilang pada cabaran Pusingan Kedua Siri Liga Paintball Asia 2010 yang bakal berlangsung di Stotsenberg Parade Ground, Clark Field, Fillipina pada 21 dan 22 Ogos ini.

Kedua pasukan itu bakal beraksi dalam Divisyen 1 dan 2 dijangka akan bangkit kembali setelah mempamerkan aksi hambar yang ditonjolkan pada saingan Pusingan 1 di Pattaya, Thailand, Mac lalu.

Pengurus pasukan Xtioneers Paul Lam berkata, kedua pasukannya sudah bersedia memberi cabaran setelah menjalani latihan berterusan selama tiga minggu.

"Sepanjang latihan kami telah menumpukan beberapa aspek penting terutama dari segi kerjasama sepasukan, taktikal, kemahiran termasuk ketahanan mental dan fizikal untuk menyaingi pasukan-pasukan dari Thailand, Fillipina, Iran dan Australia yang nyata lebih kuat dan menyerlah.

"Sasaran kami ialah untuk mengejar kedudukan di podium bagi divisyen 1 dan 2," katanya.

Sementara itu dua lagi pasukan negara yang turut beraksi ialah Simpson dan Bee Wax yang akan bertanding di dalam Divisyen 3.

Kejohanan ini merupakan pusingan kedua daripada tiga pusingan yang dipertandingkan bagi musim 2010.

Pusingan pertama yang telah diadakan di Pattaya Mac lepas, manakala saingan akhir yang juga dikenali Piala Dunia Asia akan diadakan pada 26 hingga 28 November ini di Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan