Syed Sasar Beckham Sarung Jersi Blackburn

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AHLI perniagaan dari India, Ahsan Ali Syed bercadang membawa bekas kapten England, David Beckham kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya beliau berjaya mengambil alih pengurusan Blackburn.

Syed,36, percaya Beckham merupakan aset penting dan berharap akan beraksi untuk Blackburn sekali gus memenuhi impiannya.

"Saya mula mengikuti EPL pada umur 26 tahun. Saya memang peminat setia Blackburn dan dalam masa sama turut mengikuti perkembangan pasukan Manchester United kerana adanya David Beckham.

"Sekiranya kewangan saya kukuh, saya pastinya akan mengikat Beckham," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan