Milan Lengkapkan Perpindahan Boateng

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Boateng bakal menyarung jersi Milan musim baru ini.
Boateng bakal menyarung jersi Milan musim baru ini.

MILAN melengkapkan pasukannya musim baru ini dengan penampilan Kevin-Prince Boateng setelah perjanjian pinjaman yang panjang dari kelabnya, Genoa dipersetujui.

Boateng yang beraksi bersama Portsmouth sebelum menyertai Genoa bakal menjalani latihan pertama bersama Milan, Khamis menjelang perlawanan menentang Juventus pada Trofi Luigi Berlusconi.

Sebelum itu, Genoa dilaporkan membayar Portsmouth dengan harga RM26.08 juta bagi mendapatkan pemain tengah kelahiran Jerman ini.

Baoteng,23, merupakan pemain yang keenam menyarung jersi Milan musim ini dan pemain ketiga dari Genoa.

Ketua Eksekutif Portsmouth memuji aksi cemerlang Boateng bersama mereka musim lalu.

"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Kevin. Dia antara pemain penting musim lalu dan kami berterima kasih kepadanya," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan