Piala Malaysia: Terengganu Anggap Semua Pasukan Hebat

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu menganggap semua pasukan yang bertanding pada kejohanan Piala Malaysia musim ini yang bermula 14 September ini sebagai seimbang dan tidak ada pasukan pilihan.

Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata ini kerana kekuatan sebenar pasukan-pasukan itu sukar dibaca dan diramal.

Sheikh Tajudin, yang juga pengurus pasukan Terengganu, berkata kejohanan musim ini dijangka lebih menarik dan sengit dengan kehadiran beberapa pasukan baru.

Beliau berkata bagi Terengganu, yang menduduki tangga ke tiga Liga Super musim ini, pasukan itu akan turun dengan kekuatan pemain sedia ada.

Katanya walaupun Terengganu akan kehilangan pakar tendangan bebas, Zairo Anuar Zalani yang berehat panjang kerana menjalani pembedahan lutut, pasukan itu tetap utuh dan hebat.

Sheikh Tajudin berkata ketua pasukan Marzuki Yusof, dan beberapa pemain yang cedera seperti Tengku Hasbullah Raja Hasan, Helmi Remeli dan Muhaimin Omar bagaimanapun sudah pulih dan bersedia diturunkan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan