Bellamy Perkuat Cardiff City

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Wales, Craig Bellamy meninggalkan Manchester City untuk menyertai Cardiff City selepas tidak tersenarai dalam skuad 25 pemain kelab itu.

Namun, Bellamy tidak sedikitpun menyimpan perasan dendam terhadap Pengurus Roberto Mancini.

Dia lebih bersifat positif mengenai perpindahan secara pinjaman selama satu musim dan memberitahu mahu mengemudi Cardiff dalam saingan Divisyen Dua untuk melangkah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh terdekat.

"Saya sudah kembali ke kampung halaman saya. Saya tidak kecewa memperkuat pasukan itu selama satu musim. Saya ingin membantu Cardiff mara ke aksi EPL," katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web Cardiff, promosi ke saingan peringkat tertinggi amat menakjubkan bagi mana-mana kelab bola sepak seperti Cardiff.

Bellamy, 31, digugurkan dari barisan utama City dalam saingan EPL untuk kempen musim baru oleh Mancini.

Pemain kebangsaan Wales itu bagaimanapun enggan mengkritik Mancini sebaik saja dia diperkenalkan kepada umum ketika sidang media bersama kelab barunya.

"Tiada rasa sakit hati. Saya harap semoga dia berjaya. Dia pengurus hebat," kata bekas penyerang Norwich City, Liverpool, Newcastle United dan West Ham itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan