T'Team Sasar Separuh Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: T'Team, yang julung kali akan beraksi dalam kejohanan Piala Malaysia musim ini, mensasarkan sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.

Jurulatihnya, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor berkata, ini kerana pasukan itu dibarisi ramai bekas pemain negeri dan kebangsaan.

"Saya berjanji akan membawa T'Team sekurang-kurangnya melangkah ke perlawanan separuh akhir," katanya ketika ditanya mengenai persiapan pasukan itu.

Che Ku Marzuki berkata, T'Team menduduki tangga ketujuh dalam pertandingan Liga Super tahun ini.

Katanya, dalam pertandingan Piala Malaysia nanti, T'Team berada dalam Kumpulan D bersama-sama juara Liga Super, Selangor, Perlis dan KL Felda United.

Che Ku Marzuki berkata, T'Team terpaksa melupakan hasratnya untuk meminjam pemain bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini setelah pemain berkenaan tidak mendapat pelepasan daripada kelab yang diwakilinya.

Che Ku Marzuki berkata, dalam persiapan menghadapi kejohanan itu, T'Team akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Terengganu pada 20 Ogos ini.

Beliau berkata, barisan pemain T'Team terus menjalani latihan setiap petang meskipun dalam bulan Ramadan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan