T'Team Sasar Peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: T'Team, yang julung kali akan beraksi dalam kejohanan Piala Malaysia musim ini, mensasarkan sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir. Jurulatihnya Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor berkata ini kerana pasukan itu dibarisi ramai bekas pemain negeri dan kebangsaan.

"Saya berjanji akan membawa T'Team sekurang-kurangnya melangkah ke perlawanan separuh akhir," katanya.

Che Ku Marzuki berkata T'Team menduduki tangga ketujuh dalam pertandingan Liga Super tahun ini.

Katanya dalam pertandingan Piala Malaysia nanti, T'Team berada dalam Kumpulan D bersama-sama juara Liga Super, Selangor, Perlis dan KL Felda United. Che Ku Marzuki berkata T'Team terpaksa melupakan hasratnya untuk meminjam pemain bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini setelah pemain berkenaan tidak mendapat pelepasan daripada kelab yang diwakilinya.

Che Ku Marzuki berkata dalam persiapan menghadapi kejohanan itu, T'Team akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Terengganu pada 20 Ogos ini. Beliau berkata barisan pemain T'Team terus menjalani latihan setiap petang meskipun dalam bulan Ramadan. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan