Gol Sendiri Reina Bantu Arsenal Seri 1-1

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reina (dua dari kiri) tertampan masuk bola ke gawang sendiri ketika pertemuan Liverpool dan Arsenal, Ahad. Foto AFP
Reina (dua dari kiri) tertampan masuk bola ke gawang sendiri ketika pertemuan Liverpool dan Arsenal, Ahad. Foto AFP

LAYANGAN kad merah yang diterima pemain baru Liverpool, Joe Cole dan gol sendiri Pepe Reina membantu Arsenal terikat 1-1 dengan The Reds di Anfield, Ahad.

Reina tertampan masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-90 untuk menghadiahkan satu mata kepada Arsenal selepas David Ngog meletakkan Liverpool di depan pada babak kedua.

Penampilan pertama Cole bersama pasukan tuan rumah itu dirundung malang apabila dia menerima kad merah ketika babak pertama menghampiri masa penamat selepas dia melakukan asakan kasar ke atas Laurent Koscielny.

Sengaja atau tidak, terjahan itu nampak keterlaluan dan Cole tidak berpuas hati sebaik sahaja Martin Atkinson menunjukkan kad merah kepadanya.

Koscielny diusung keluar padang dan sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan terhadap daftar kecederaan yang menimpa pemain Arsenal.

Namun kecederaan pemain pertahanan itu tidak seperti disangka apabila dia kembali beraksi pada babak kedua.

Dia turut dilayangkan kad merah yang diperolehinya pada minit-minit kecederaan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan