Enam Pembeli Tawar Bidaan Terhadap Liverpool

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGARAH Urusan Liverpool, Christian Purslow memberitahu The Reds ada menerima beberapa tawaran pengambil alihan dan akan mengambil sedikit masa untuk menelitinya selepas media melaporkan proses penjualan kelab itu terus menemui jalan buntu.

Menurut laporan Radio BBC, Purslow tidak meletakkan tempoh masa yang diperlukan untuk membuat keputusan itu dan menegaskan dia kini perlu meneliti setiap tawaran yang diterima.

"Kami ada menerima beberapa bidaan bertulis pada tahap ini. Jadi kami memerlukan sedikit masa untuk meneliti perkara itu dengan sewajarnya," katanya.

Purslow mengulas berhubung satu laporan dalam Sunday Times yang menyatakan Royal Bank of Scotland (RBS) akan menguasai kelab itu sepenuhnya selepas mereka gagal mencari pemilik baru.

Akhbar itu memetik sumber terdekat sebagai berkata, tiada pembeli berpontensi boleh membuktikan mereka mempunyai wang.

RBS berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka yakin dalam proses penjualan Liverpool dan tidak melakukan sebarang persediaan untuk menguasai sepenuhnya kelab itu.

Purslow enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan yang dikeluarkan sumber terdekat itu.

"Kami mempunyai hubungan baik dengan RBS dan sudah mengadakan dialog dengan mereka. Saya amat selesa bekerjasama dengan RBS," jelasnya.

Media Britain melaporkan sebanyak enam pembeli berpotensi mengemukakan bidaan terhadap juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 18 kali itu.

Kelab itu dianggarkan bernilai sekitar 400 juta pound (RM1.98 bilion).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan