Spurs, Man.City Sekadar Seri 0 - 0

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peter Crouch (kanan) cuba melakukan jaringan ketika perlawanan pembukaan di antara Spurs dan City di White Hart Lane, Sabtu. Foto REUTERS/Dylan Martinez
Peter Crouch (kanan) cuba melakukan jaringan ketika perlawanan pembukaan di antara Spurs dan City di White Hart Lane, Sabtu. Foto REUTERS/Dylan Martinez

LONDON: Tottenham Hotspur dan Manchester City yang membuka tirai perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi sekadar terikat 0-0 di White Hart Lane.

Kedua-dua pasukan berusaha mencari ruang untuk memecah kebuntuan tetapi keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga minit ke-90.

Gareth Bale hampir membuka jaringan untuk Spurs tetapi gagal memanfaatkan peluang keemasan itu apabila sepakannya terkena palang pada minit ke-31.

City yang membelanjakan lebih 100 juta pound di pasaran perpindahan pemain selepas menamatkan kempen musim lalu di tempat kelima menurunkan pemain barunya, Yaya Toure, David Silva dan Aleksandar Kolarov tetapi penjaga gol Joe Hart yang dilihat lebih menyerlah.

Hart berjaya menampan beberapa percubaan merbahaya yang dilakukan pemain Spurs.

Sementara itu, juara EPL musim lalu, Chelsea akan melayan kunjungan West Bromwich Albion manakala Blackpool akan bertemu Wigan Athletic dalam perlawanan berasingan.

Liverpool akan menentang Arsenal, malam Ahad manakala Manchester United akan melayan kunjungan Newcastle United, Isnin depan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan