Juventus Sahkan Perpindahan Poulsen ke Liverpool - Bola Sepak | mStar

Juventus Sahkan Perpindahan Poulsen ke Liverpool

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JUVENTUS mengesahkan bahawa mereka telah bersetuju untuk menjual pemain tengah Denmark, Christian Poulsen kepada Liverpool pada harga €5.475 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Juventus lewat petang Khamis, Poulsen, 30, menyertai kelab itu dari Sevilla pada tahun 2008 dan bermain sebanyak 33 kali dengan pasukan Serie A itu sepanjang dua musim dia bersama mereka.

Dia juga bermain dalam kesemua tiga perlawanan Denmark pada pusingan akhir Piala Dunia yang baru berakhir bulan lalu.

Pembelian terbaru oleh pengurus Liverpool, Roy Hodgson ini jelas memberi indikasi bahawa dia bakal kehilangan Javier Mascherano yang sudah pun menyatakan hasratnya untuk bermain di benua Eropah.

Poulsen akan menyertai Joe Cole, Danny Wilson, Jonjo Shelvey, Fabio Aurelio dan Milan Jovanovic dalam senarai pemain-pemain baru Liverpool musim ini yang akan bermula Sabtu ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan