Capello Sahkan Beckham Tiada Dalam Perancangan England

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Jurulatih England, Fabio Capello mengakui masa depan David Beckham dalam skuad antarabangsa England kini di penghujung jalan dengan memberi berita buruk kepada pemain itu.

Beckham tidak bermain pada Piala Dunia di Afrika Selatan bulan lalu berikutan mengalami kecederaan ketika beraksi dalam tempoh pinjaman untuk AC Milan pada Mac.

Bagaimanapun, bintang England yang berhijrah untuk LA Galaxy di Amerika Syarikat itu masih menaruh harapan untuk bermain dalam skuad England apabila pulih. Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu tetap ke Afrika Selatan sebagai kakitangan sokongan Capello.

Namun, malam tadi selepas England menewaskan Hungary 2-1 di Stadium Wembley, Capello membuka mulut bahawa Beckham tidak lagi berpeluang untuk beraksi pada kempen kelayakan Piala Eropah (Euro) 2012.

“Saya amat berterima kasih kepadanya kerana membantu saya ketika Piala Dunia baru-baru ini dan usia dia agak tua untuk mewakili England lagi," kata Capello kepada stesen tv ITV.

Sementara itu, dalam satu kenyataan balas terhadap Capello, egen Beckham memberitahu BBC Sport bahawa pemain tengah itu belum bercadang untuk mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa. Dalam kenyataan itu menyebut: "Untuk pengetahuan anda, tiada perbincangan mengenai persaraan. Dia sentiasa bersedia untuk bermain untuk negaranya, apabila dia pulih dan diperlukan, dia akan tetap memberi khidmatnya."

Bagimanapun, Capello menegaskan Beckham tiada lagi dalam rancangannya untuk persiapan skuad England kerana dia lebih memberi keutamaan kepada pemain muda bagi saingan kelayakan Euro 2012.

“Saya fikir David tahu mengenai masa depannya dengan skuad antarabangsa kerana kami mahu skuad ini berubah.

"saya perlu melakukan perubahan dari setiap sudut. Saya perlu pemain baru dan kami perlu fikir mengenai masa depan," katanya. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan