Manchester United Juara Perisai Komuniti

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WEMBLEY, England: Javier Hernandez menyumbatkan gol pertamanya yang melucukan sebelum Manchester United (MU) menewaskan Chelsea 3-1 seterusnya meraih kejuaraan Perisai Komuniti pada perlawanan malam Ahad.

Ini merupakan kali ketiga MU memenangi perisai itu dalam tempoh empat tahun.

Penyerang Mexico itu tersandung selepas menerima hantaran silang Antonio Valencia, sebelum menendang bola ke mukanya sendiri yang kemudiaanya mencecah jaring Chelsea pada minit ke-76.

Valencia meletakkan MU di hadapan pada minit ke-41 selepas menerima hantaran Wayne Rooney. Sementara lambungan cantik Dimitar Berbatov menewaskan penjaga gol, Henrique Hilario melengkapkan kemenangan pasukan itu sebagai amaran awal bagi saingan Liga Perdana England (EPL) musim 2010/2011.

Salomon Kalou berjaya menghadiahkan gol saguhati bagi penyandang juara, Chelsea pada minit ke-83.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan