Tiada Lagi Muka Baru Sertai United: Ferguson

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIR Alex Ferguson (gambar) tetap dengan pendiriannya untuk tidak membawa masuk muka baru ke Old Trafford pada saat akhir.

Pengurus Manchester United itu menegaskan tiada pemain yang menepati kriterianya ketika ini dan beliau tidak bercadang meneruskan buruan pemain baru dalam tiga minggu terakhir sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.

"Saya tidak melihat sebarang kelebihan untuk menambah pemain baru ke dalam skuad sedia ada. Saya amat gembira dengan pemain yang ada," katanya.

Perbelanjaan pada musim panas ini hanya terhad kepada dua pemain muda iaitu Chris Smalling dan bintang Mexico, Javier Hernandez.

Meskipun keluarga Glazer dibebani hutang dalam mengendalikan kelab itu, Ferguson memberitahu dia tidak berdepan sebarang masalah berhubung perbelanjaan untuk membeli pemain baru.

"Bajet untuk membeli pemain tetap ada jika saya mahu menggunakannya," tambahnya.

Pemain muda Jerman, Mesut Ozil dan penjaga gol Denmark, Anders Lindegaard dilaporkan masih dalam senarai buruan Ferguson sehingga kini.

"Peminat mahu anda membeli pemain baru. Mereka ingin melihat perpindahan nama besar pada setiap tahun. Kadang kala ada segelintir pemain menyukai kemasukan pemain baru," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan