Torres Kekal Di Anfield

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Liverpool, Fernando Torres (gambar) akhirnya menamatkan tek-teki berhubung masa depannya selepas mengesahkan dia akan kekal di Anfield.

Torres dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, Chelsea dan Barcelona pada musim panas ini tetapi membawa khabar gembira kepada peminat Liverpool apabila memberitahu akan terus memperkuat kelab itu pada musim baru.

"Komitmen dan kesetiaan saya terhadap kelab dan peminat sama seperti kali pertama saya berada di sini. Saya sentiasa menunggu setiap cabaran mendatang.

"Liverpool adalah kelab terbaik di England, jadi harapan peminat sentisa berada pada tahap tertinggi. Saya gembira kerana dapat kembali berlatih bersama rakan sepasukan," katanya.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu turut tidak sabar untuk beraksi di bawah pimpinan pengurus baru, Roy Hodgson.

"Saya amat menghargai usaha Roy untuk bertemu saya ketika saya masih bercuti. Beliau memberitahu perancangannya terhadap kelab dan apa yang beliau inginkan daripada saya," jelasnya.

Memandangkan Torres masih berusaha untuk memulihkan kecederaannya, dia kini hanya berlatih sendiri di gimnasium dengan menjalani rawatan fisioterapi.

"Saya mempunyai tempoh kurang dari dua minggu untuk kembali pulih. Saya cuba untuk kembali cergas secepat mungkin dan tidak sabar untuk beraksi di Anfield," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan