Tiada Bidaan Ambil Alih Liverpool:RBS

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROYAL Bank of Scotland (RBS)menafikan mereka mengadakan perbincangan dengan ahli perniagaan dari China berhubung pengambil alihan Liverpool.

Menurut sumber terdekat dengan ahli perniagaan dari China, Kenny Huang berkata, perbincangan untuk menyelesaikan bebanan hutang ditanggung Liverpool kepada RBS sedang giat dilakukan dalam usaha untuk mengambil alih juara Liga Perdana Inggeris (EPL), 18 kali itu.

Laporan media mendakwa, Huang yang turut berminat dalam sukan besbol China dan bola keranjang Amerika Syarikat (AS) mengemukakan tawaran kepada RSB untuk menguasai sepenuhnya kelab itu.

"Kami tidak berbincang dengan mana-mana pembida mengenai penjualan Liverpool," kata jurucakap RBS.

Ketika ditanya berhubung penafian itu, sumber rapat kepada Huang menegaskan Huang mahu membeli kelab yang berpangakalan di Anfield selepas pemilik bersama AS, Tom Hicks dan George Gillett sedia menjual Liverpool pada April lalu.

Ketua pelaburan syarikat QSL Sports Ltd yang berpangkalan di Hong Kong itu belum membuat sebarang komen berhubung tawaran itu tetapi melantik firma perhubungan media Britain untuk menyuarakan hasratnya terhadap The Reds.

Hicks dan Gillett yang mengambil alih kelab itu pada Februari 2007 daripada bekas pemilik, David Moores bernilai 218.9 juta pound (RM1.098 bilion), melantik Barclays Capital untuk mencari pembeli pada April lalu.

Pada masa sama, The Reds melantik Ketua British Airways, Martin Broughton sebagai pengerusi untuk memantau proses penjualan itu.

Barclays Capital bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen pada Isnin.

Pemilik bersama dari AS itu menerima kritikan hebat daripada peminat Liverpool yang menggesa mereka meninggalkan Anfield selepas gagal menyelesaikan bebanan hutang besar yang ditanggung kelab tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan