Kafa Tetap Tumpuan Saya, Kata Annuar

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tetap mengutamakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang diterajuinya walaupun pada masa yang sama memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru.

Beliau berkata agendanya untuk membangunkan KAFA masih belum selesai walaupun pembaharuan yang dilakukannya sejak menerajui KAFA sudah menjadi bualan dan mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

"Membangunkan bola sepak di Kelantan tetap menjadi keutamaan saya dan pada masa yang sama tugas berat sudah menanti saya di FAM dan ini bukan masa untuk saya bergembira tetapi sudah mula menjalankan tugas dan amanah yang mencabar ini.

"Saya berazam untuk meletakkan nama Malaysia di ranking yang membanggakan dengan kerjasama semua pihak dalam FAM," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Isnin.

Lebih 200 termasuk pemain Kelantan hadir menyambut Annuar di lapangan terbang itu dengan membawa sepanduk sebagai ucapan tahniah atas kemenangan beliau.

Dua hari lalu pada pemilihan FAM bagi penggal 2010/2014, Tengku Abdullah kembali ke pangkuan FAM selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden bersama Annuar manakala Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan Presiden yang disandang baginda sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding.

Mengulas perkara yang sama Annuar berkata beliau akan menyenaraikan beberapa syor untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara untuk diperbincangkan ketika bersama pemain Kelantan menunaikan umrah pada 7 Ogos ini.

Ketika ditanya apakah beliau akan membawa resepi kejayaannya membentuk KAFA untuk diterapkan ke dalam FAM, Annuar berkata tidak semua pembaharuan dalam KAFA boleh dibawa ke dalam FAM.

"Konteks negeri dan negara adalah berbeza dan pandangan semua pihak perlu diambil kira dalam melaksanakan pembaharuan itu tetapi pada hemat saya pembaharuan dalam FAM perlu dirangka secara luar biasa dan bukan dalam kerangka yang biasa lagi," katanya.

Untuk itu Annuar akan bertemu semua pihak bagi membincangkan perkara tersebut dan turut meminta pemimpin yang tewas dalam pemilihan itu untuk turut bekerjasama demi menaikkan martabat bola sepak negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan