Piala Dunia 2010:Forlan, Mueller Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Forlan menerima anugerah pemain terbaik kejohanan di Afrika Selatan.
Forlan menerima anugerah pemain terbaik kejohanan di Afrika Selatan.

PENYERANG Uruguay, Diego Forlan dinobatkan selaku pemain terbaik kejohanan selepas mempamerkan aksi cemerlang pada Piala Dunia 2010 dengan menjaringkan beberapa gol menakjubkan dan membantu pasukannya mara ke pusingan separuh akhir.

Forlan dipilih berdasarkan persembahan menarik dan sikap yang ditunjukkan di padang.

Dia sentiasa cuba meluangkan sedikit masa untuk menandatangani autograf dan berborak dengan peminat dan kumpulan wartawan.

Forlan memperoleh 23.4 peratus undi untuk Anugerah Bola Emas yang dikelolakan oleh FIFA dan dipilih oleh wartawan.

Perancang Belanda Wesley Sneijder menduduki tempat kedua dengan 21.8 peratus dan penyerang Sepanyol, David Villa di tempat ketiga dengan 16.9 peratus.

Ketiga-tiga pemain itu masing-masing meledak lima gol, menjadikan mereka berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak di sampin Thomas Mueller dari Jerman.

Mueller memperoleh anugerah Kasut Emas kerana menjadi penjaring terbanyak dan membantu membuka peluang kepada rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol. Dia juga menerima anugerah Pemain Muda Terbaik.

Selain menjuarai trofi Piala Dunia, Sepanyol turut dikurniakan anugerah Fair Play FIFA. Kapten pasukan itu, Iker Casillas memenangi anugerah Sarung Tangan Emas yang diberikan kepada penjaga gol terbaik perlawanan.

Anugerah yang dimenangi Forlan sedikit sebanyak menceriakan pasukan dan peminat Uruguay selepas mereka tewas 2-3 kepada Jerman pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan