Kami Gagal Tonjol Keberanian: Loew

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carles Puyol menanduk masuk gol kemenangan Sepanyol. Foto AP
Carles Puyol menanduk masuk gol kemenangan Sepanyol. Foto AP

JERMAN gagal mempamerkan keberanian ketika menentang juara Eropah, Sepanyol sehingga menyaksikan mereka tewas 0-1 pada aksi separuh akhir Piala Dunia, kata Pengurus Joachim Loew.

Pasukan itu turut tewas dengan keputusan sama kepada Sepanyol pada aksi final Euro 2008. Loew menyifatkan Sepanyol sebagai pasukan terbaik dunia pada ketika ini.

"Mereka pasukan hebat dan sentiasa bermain dalam satu pasukan untuk tempoh dua hingga tiga tahun dengan pemain sama. Berbeza dengan kami kerana gagal menonjolkan keberanian dan keyakinan sepanjang perlawanan itu," kata pengurus berusia 50 tahun itu.

Jerman yang tampil beraksi pada kejohanan kali ini dengan menurunkan barisan termuda dalam tempoh 76 tahun gagal mencari gol pertama seperi yang dilakukan ketika bertemu England dan Argentina.

"Kekalahan itu begitu menyakitkan. Mereka seolah-olah tidak memberi kami ruang untuk menembusi benteng pertahanan apatah lagi melakukan serangan. Kami juga gagal menjaringkan gol pertama seperti dua perlawanan terdahulu kerana tiada keyakinan," kata penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.

Penyerang Miroslav Klose memberitahu Sepanyol tidak memberi peluang kepada mereka untuk menguasai bola dan melancarkan serangan pantas.

"Kami gagal beraksi pada tahap sebenar. Kami cuba untuk melakukan gerakan pantas tetapi mereka (Sepanyol) bijak merampas kembali bola. Tahniah dan mereka layak untuk menang," jelasnya.

Sepanyol akan bertemu Belanda dalam kemuncak penentuan juara pada 12 Julai ini di Stadium Soccer City, Afrika Selatan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan