Cannavaro Diundi Pemain Paling Tampan Dalam Piala Dunia

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN pasukan Itali, Fabio Cannavaro diundi sebagai pemain paling tampan dalam Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, menurut www.BeautifulPeople.com.

Dan cuba teka siapa pemain paling hodoh dalam Piala Dunia 2010 - pemain dari pasukan yang sudah terkeluar daripada persaingan iaitu Wayne Rooney dari England.

Greg Hodge, pengarah urusan BeautifulPeople.com berkata dalam kenyataan, bahawa pemain paling tampan menurut undian anggotanya ialah Cannavaro, 36, diikuti dua pemain pasukan Sepanyol, Fernando Torres dan David Villa.

Pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo menduduki tempat kelapan di belakang pemain Brazil, Kaka.

"Ayam tambatan pasukan Amerika Landon Donovan, yang menangis selepas berjaya membantu USA menang dalam kumpulannya, diundi menduduki tempat keempat paling tampan," katanya.

Laman web temu janji www.BeautifulPeople.com, yang mendakwa ia merupakan komuniti "orang paling menarik" terbesar dalam dunia siber dengan keanggotaan terhad, berkata setakat ini lebih 200,000 anggota telah mengundi.

Pasukan yang mempunyai pemain tampan ialah Sepanyol, Itali, Brazil, Perancis, Denmark dan Amerika Syarikat - kesemua pasukan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain tampan dan jumlah paling sedikit pemain tidak menarik.

Menurut laman web itu, pasukan yang mempunyai paling banyak pemain tidak menarik ialah Switzerland, Australia, England, Serbia, Korea Utara dan Algeria.

"Secara kolektifnya, pasukan dengan barisan pemain paling tidak menarik ialah Algeria. Diekori England yang diketuai pemain paling tidak menarik di planet, Wayne Rooney," kata Hodge.

Beliau berkata pemain pasukan England mempunyai isteri dan teman wanita yang sangat cantik, namun semua itu disebabkan wang dalam akaun mereka yang menjadikan mereka lebih menarik.

Penjaga gol David James merupakan pemain tunggal England yang dikategorikan sebagai cukup tampan bagi laman web itu.

Pemain paling tampan Piala Dunia 2010

(mengikut tahap ketampanan)

1) Fabio Cannavaro, Itali

2) Fernando Torres, Sepanyol

3) David Villa, Sepanyol

4) Landon Donovan, USA

5) Thierry Henry, Perancis

6) Edinson Cavani, Uruguay

7) Kaka, Brazil

8) Cristiano Ronaldo, Portugal

9) Didier Drogba, Ivory Coast

10) Keisuke Honda, Jepun

11) David James, England

Pemain paling hodoh Piala Dunia 2010

1) Wayne Rooney, England

2) Franck Ribery, Perancis

3) Carlos Tevez, Argentina

4) Vladimir Stojkovic, Serbia

5) Benjamin Huggel, Switzerland

6) Zdenko Strba, Slovakia

7) Rafik Saifi, Algeria

8) Scott Chipperfield, Australia

9) John Terry, England

10) Ryan Nelson, New Zealand

11) Daniel Agger, Denmark - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan