Karier Saya Sudah Berakhir: Maradona

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gelagat Maradona ketika pertemuan Argentina dan Jerman minggu lalu. Foto REUTERS
Gelagat Maradona ketika pertemuan Argentina dan Jerman minggu lalu. Foto REUTERS

PENGURUS Argentina, Diego Maradona berkata kariernya sudah menemui noktah semalam walaupun Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dan rakan terdekatnya memberitahu Reuters dia belum meletak jawatan.

"Segalanya sudah berakhir. Saya telah melakukan apa yang sepatutnya," jelas Maradona, dua hari selepas Argentina tewas 0-4 kepada Jerman pada pusingan suku akhir Piala Dunia 2010.

Jurucakap AFA memberitahu Maradona belum meletak jawatan secara rasmi dan Presiden AFA, Julio Grondona akan bertemu dengannya selepas kempen Piala Dunia melabuhkan tirainya 12 Julai ini.

Menurut rakan terdekat Maradona, dia masih belum dapat mengesahkan perkara itu memandangkan ia masih diperingkat perbincangan.

"Keputusan akan diumumkan ketika sidang media tetapi tarikh sebenar belum diketahui. Maradona kini berada di rumah dengan keluarganya," jelasnya.

Pembantu dan bekas rakan sepasukan Maradona, Alejandro Mancuso berkata, dia yakin Maradona akan kekal memimpin Argentina.

"Selepas mengenali Maradona adalah sukar untuk mempercayai dia akan meletak jawatan selepas mengemudi Argentina ke suku akhir. Kami tidak boleh melupakan sumbangannya selama ini," ujarnya.

Maradona kembali ke Buenos Aires bersama-sama pasukannya Ahad lalu, sehari selepas Jerman menyekat kemaraan mereka ke separuh akhir.

Kekecewaan itu masih dirasai semua rakyat Argentina sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada Maradona harus kekal membimbing skuad kebangsaan.

Berdasarkan undian yang dilakukan secara online oleh akhbar negara itu, ramai responden berpendapat Maradona perlu mengundur diri.

Namun Maradona yang menyerlah selepas membantu Argentina memenangi Piala Dunia 1986 dan mengambil alih tugas selaku pengurus pasukan itu sejak dua tahun lalu masih mempunyai penyokong tersendiri.

Dalam kemunculan di khalayak ramai, Presiden Argentina Cristina Fernandez menggesa Maradona untuk terus kekal.

"Tiada siapa yang dapat memberikan kita kegembiraan di atas padang seperti Diego Maradona," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan