Jerman Pasukan Pilihan Mara Ke Final:Pique

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mesut Ozil (kiri) permata baru Jerman.
Mesut Ozil (kiri) permata baru Jerman.

PEMAIN pertahanan Sepanyol, Gerard Pique yakin Jerman adalah pasukan pilihan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan final Piala Dunia 2010.

Pique berbangga kerana Sepanyol berupaya mencipta sejarah dengan melangkah ke separuh akhir buat kali pertama tetapi prestasi memuncak Jerman pada ketika ini menyebabkan pasukan itu terpaksa merancang strategi terbaik.

Sepanyol berupaya menundukkan Jerman pada aksi final Euro 2008 dua tahun lalu tetapi Pique percaya mereka akan berdepan tugas lebih berat kali ini.

"Saya gembira untuk pasukan dan negara. Ia adalah kali pertama kali melangkah ke separuh akhir dan mencipta sejarah.

"Jerman adalah pasukan kental, kuat dan mempunyai ramai pemain berkualiti. Sudah pastinya sukar bagi kami untuk menyekat mereka," katanya.

Menurut Pique, Sepanyol bukan menjadi pasukan pilihan pada pusingan separuh akhir berdasarkan pencapaian Jerman ketika menentang Argentina dan England dalam perlawanan terdahulu.

"Jerman dan Sepanyol masing-masing dibarisi pemain baru dalam pasukan. Perlawanan kali ini berbeza berbanding Euro 2008.

"Jerman memiliki pemain muda berbakat seperti Ozil, Muller, Khidera yang baru memperkuat pasukan. Mereka bermain dengan hebat," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan