Giliran Dunga Kena Pecat

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dunga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho di Porto Alegre, semalam. Foto REUTERS
Dunga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Salgado Filho di Porto Alegre, semalam. Foto REUTERS

PERSEKUTUAN Bola Sepak Brazil (CBF) mengesahkan Dunga telah dipecat selepas gagal membawa pasukan itu mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2010.

Dunga memberi gambaran awal bahawa dia akan meningalkan jawatannya selepas harapan Brazil untuk meraih gelaran juara Piala Dunia buat kali keenam dimusnahkan Belanda di Port Elizabeth, Jumaat lalu.

"Kakitangan pengurusan Brazil yang dilantik sejak Ogos 2006 selepas penyingkiran pasukan dari aksi Piala Dunia sudah dipecat. Kami akan mengumumkan jawatankuasa baru dalam tempoh terdekat," menurut kenyataan yang ditulis dalam laman web CBF.

Brazil mendahului 1-0 pada babak pertama sebelum Belanda mencatat kemenangan dramtik 2-1.

Mereka bermula dengan cemerlang dengan menundukkan Korea Utara dan Ivory Coast serta terikat 0-0 dengan Portugal untuk muncul juara Kumpulan G.

Brazil turut menewaskan Chile 3-0 dalam kelompok 16 terakhir dan harapan untuk ke separuh akhir tampak cerah menerusi jaringan awal Robinho.

Mereka terlepas beberapa percubaan menarik untuk mengekalkan penguasaan sebelum Wesley Sneijder menanduk masuk gol kemenangan.

Dunga, 46, menandatangani kontrak bersama The Selecao ekoran penyingkiran pasukan itu dari saingan Piala Dunia 2006 di Jerman.

Selepas tersingkir, Dunga berkata, dia mengikat kontrak selama empat tahun dan tahu pemecatannya selaku pengurus akan terjadi.

"Sepanjang tempoh empat tahun ini, saya sentiasa gembira melatih Brazil. Jika anda melihat riak muka pemain, anda pasti tahu apa yang bermain di fikiran mereka," jelasnya.

Leonardo dikaitkan dengan jawatan itu selepas meninggalkan AC Milan pada hujung kempen Serie A musim lalu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan