Messi Terlepas Sesi Latihan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Messi akan diturunkan menentang Jerman malam esok. - Foto AP
Messi akan diturunkan menentang Jerman malam esok. - Foto AP

LIONEL Messi terlepas sesi latihan bersama Argentina dalam tempoh kurang 48 jam sebelum perlawanan suku akhir menentang Jerman di Cape Town akibat selesema.

Messi tiba bersama rakan sepasukannya untuk latihan tetapi Pengurus Diego Maradona memutuskan untuk menghantar Pemain Terbaik Tahunan itu balik berehat sebagai langkah berjaga-jaga, kata jurucakap Andres Ventura.

Penyerang berusia 23 tahun itu dijangka cergas sepenuhnya menjelang pertemuan getir di Stadium Green Point, malam esok.

Meskipun belum menjaringkan sebarang gol setakat ini, Maradona mengakui Messi bermain dengan baik dan akan mendapat laluan mudah untuk menjadi pemain terbaik kejohanan.

"Saya yakin Messi akan menjadi pemain terbaik dalam kejohanan ini," katanya.

Messi masih berusaha mencari gol pertamanya tetapi sentiasa mempamerkan aksi menakjubkan dan membuka peluang kepada rakan sepasukannya untuk melakukan jaringan.

Argentina akan bertemu Jerman dalam kelompok lapan terakhir, malam esok.

Anugerah Kasut Emas akan diberikan kepada penjaring terbanyak manakala Bola Emas akan menjadi milik pemain terbaik.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan