Penampilan Cacau Masih Diragui

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cacau belum pasti diturunkan jumpa Argentina.
Cacau belum pasti diturunkan jumpa Argentina.

PENYERANG Jerman, Cacau yang diketepikan ketika menentang England minggu lalu akibat kekejangan otot abdomen masih belum pasti akan diturunkan bertemu Argentina pada pusingan suku akhir malam esok.

Cacau bergelut dengan masalah itu ketika menjalani latihan minggu lalu dan posisinya terpaksa diambil alih Miroslav Klose apabila Jerman menundukkan England 4-1.

Klose dijangka melakukan penampilan ke-100 bersama Jerman di Cape Town malam esok.

"Selain Cacau, semua pemain terlibat dalam latihan itu. Dia melakukan larian ringan dan terapi. Namun semalam dan esok dia tidak berlatih bersama pasukan.

"Jadi penampilannya pada malam esok masih samar. Keputusan akhir akan dibuat esok," kata Pengurus Joachim Loew.

Penyerang Lukas Podolski tidak menjalani latihan petang semalam tetapi beberapa pegawai pasukan memberitahu ia sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang terpaksa diambil Jerman selepas dia mengadu sakit di bahagian otot.

Pemain berusia 25 tahun itu akan diturunkan bertemu Argentina esok.

Dalam pada itu, Loew percaya kedua-dua pasukan akan mempamerkan corak permainan berbeza dan agresif untuk melangkah ke separuh akhir.

"Kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana Argentina pastinya akan memanfaatkan setiap peluang yang berada di depan mata," jelasnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan