Pertemuan Klasik Sepanyol, Portugal

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cristiano Ronaldo sandaran utama Portugal untuk mara ke suku akhir. - Foto AP
Cristiano Ronaldo sandaran utama Portugal untuk mara ke suku akhir. - Foto AP

PENGURUS Portugal, Carlos Queiroz meramalkan permainan menarik apabila anak buahnya bertemu Sepanyol untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia, awal pagi esok.

Portugal menamatkan saingan peringkat Kumpulan G di tempat kedua manakala Sepanyol bangkit selepas dikecewakan Switzerland pada perlawanan pembukaan untuk muncul juara Kumpulan H.

Queiroz percaya Sepanyol akan menjanjikan aksi sengit dan menghiburkan, awal pagi esok.

"Perlawanan ini pastinya sukar. Sepanyol dan Portugal menampilkan corak permainan hampir serupa.

"Saya percaya ia akan menjadi perlawanan terbaik, aksi dengan lebih banyak kreativiti, imaginasi, kelajuan dan pergerakan menakjubkan," katanya.

Menurut Queiroz, perlawanan di antara Portugal dan Sepanyol ibarat ulangan semula pertemuan England dan Jerman, kelmarin.

Beliau turut menegaskan pasukannya akan mengambil apa jua risiko dalam usaha untuk menyekat kemaraan Sepanyol.

"Kami mahu memenangi perlawanan itu sebaik saja sepak mula. Kami tidak tahu sama ada aksi itu akan berakhir selama 90 minit atau dilanjutkan ke penentuan penalti," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan