Dunga Pertikai Kredibiliti Pengadil

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERANCANG tengah Brazil, Kaka (gambar) yang diperintah keluar padang selepas menerima kad merah ketika menentang Ivory Coast minggu lalu sekali lagi menerima kad kuning dalam pertemuan dengan Chile, awal pagi tadi.

Tindakan itu menyebabkan Pengurus Dunga membuat aduan bahawa pengadil bertugas tidak melayangkan kad kuning kepada pemain yang sepatutnya.

Kaka yang disifatkan sebagai pemain contoh di Brazil menerima kad kuning pertama seawal minit ke-30 ketika perlawanan di Arturo Vidal.

"Itu adalah satu masalah. Saya tidak mahu Kaka digantung perlawanan lagi. Pemain yang melakukan kesalahan terselamat dan tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Kami ada tiga pemain yang dilanda kecederaan. Kami tidak sanggup kehilangan khidmat pemain lain pada peringkat ini," katanya.

Menurut Dunga, Brazil masih perlu memperbaiki rentak permainan mereka walaupun beraksi cemerlang sehingga menempah tiket ke suku akhir.

"Corak permainan kami semakin meningkat. Ia perlawanan menghiburkan dan Chile sentiasa memberikan asakan sengit. Mereka melakukan hantaran dengan baik tetapi Brazil berupaya mengekalkan keseimbangan dan tidak tertekan," jelasnya.

Dunga memberitahu, dalam perlawanan Piala Dunia permainan sepatutnya menjadi lebih terbuka dan lebih banyak serangan dilakukan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan