Di Maria Pemain Pertama Sertai Real Madrid

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Di Maria permata baru Argentina. - Foto AP
Di Maria permata baru Argentina. - Foto AP

REAL Madrid berjaya menyempurnakan perpindahan pemain tengah Angel di Maria dari Benfica dan akan memperkuat kelab gergasi Sepanyol itu sehingga 2015.

Pemain berusia 22 tahun itu yang membantu Argentina mara ke suku akhir Piala Dunia di Afrika Selatan adalah perpindahan pertama yang dilakukan pengurus baru, Jose Mourinho.

Real tidak mendedahkan nilai perpindahan tetapi media Sepanyol melaporkan perjanjian itu bernilai sekitar 25 juta euro (RM99.12 juta).

Di Maria adalah sinar baru dalam bola sepak Argentina dan membantu skuad bawah 20 tahun negara itu menjuarai Piala Dunia Remaja 2007 serta meraih pingat emas di Olimpik, Beijing, dua tahun lalu.

Dia berupaya menjaringkan gol dan menghasilkan peluang untuk disempurnakan rakan sepasukannya di bahagian serangan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan