Argentina Jumpa Jerman Di Suku Akhir

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tevez (tengah) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Mexico, awal pagi tadi. - Foto AFP
Tevez (tengah) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Mexico, awal pagi tadi. - Foto AFP

ARGENTINA akan bertemu Jerman pada pusingan suku akhir selepas menewaskan Mexico 3-1 dalam perlawanan menghiburkan peringkat kalah mati yang berlangsung di Stadium Soccer City, Johannesburg awal pagi tadi.

Penyerang Argentina, Carlos Tevez meledak dua gol pada minit ke-26 dan 52 sebelum Gonzalo Higuain menjaringkan gol ketiga.

Mexico bangkit pada babak kedua menerusi jaringan penyerang Javier Hernandez tetapi ianya sudah terlambat untuk pasukan kendalian Pengurus Javier Aguirre.

Pada perlawanan malam tadi, Jerman menundukkan England 4-1 untuk meranapkan impian skuad The Three Lions untuk mara ke peringkat suku akhir.

Gol Jerman diperoleh menerusi penyerang Miroslav Klose dan pemain tengah Lukas Podolski dan Thomas Mueller(dua gol).

Pemain pertahanan England, Matthew Upson meletakkan England semula dalam saingan menerusi jaringannya pada minit ke-37.

Namun pasukan pimpinan Pengurus Fabio Capello itu gagal menterjemahkan corak permainan bertenaga kepada kemenangan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Argentina akan bertemu Jerman, 3 Julai ini pada jam 10.00 mlm di Johannesburg dalam menentukan pasukan mana yang akan melangkah ke pusingan separuh akhir.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan