Aksi Di Bloemfontein Penentu Hala Tuju Pemain

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Liverpool, Steven Gerrard (gambar) percaya aksi peringkat kalah mati England menentang Jerman adalah perlawanan yang akan menentukan karier setiap pemain pasukan itu.

Skuad The Three Lions yang menamatkan saingan peringkat Kumpulan C selaku naib juara dilihat sukar menewaskan pasukan berpengalaman seperti Jerman di Bloemfontein, malam ini.

Namun, Gerrard percaya ia adalah pertembungan yang boleh menaikkan karier pemain bola sepak dan kapten England itu tidak sabar untuk bertemu Jerman.

"Perlawanan ini akan menentukan masa depan anda. Ia merupakan saat penting dalam perlawanan yang boleh menilai prestasi setiap pemain.

"Melihat kepada pertembungan dua pasukan ini, ia adalah perlawanan menakjubkan yang tidak boleh dilepaskan. Setiap orang pasti teruja," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan