Sepanyol Jumpa Portugal Di Peringkat Kalah Mati

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANYOL meraih kedudukan teratas Kumpulan H selepas menewaskan Chile 2-1 yang terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria awal pagi tadi untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Meskipun kecundang kepada juara Euro 2008 itu, Chile tetap mara berbekalkan kutipan enam mata dengan dua kemenangan terdahulu.

Chile hanya beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah Marco Estrada menerima kad kuning kedua kerana melakukan terjahan kasar ke atas kaki penyerang Sepanyol, Fernando Torres.

Pada pusingan kalah mati, Sepanyol yang juga juara Kumpulan H akan bertemu naib juara G, Portugal manakala Chile akan bertemu juara Kumpulan G, Brazil.

Chile terpaksa berdepan juara dunia lima kali itu tanpa kelibat pemain pertahanan, Gary Medel dan Ponce termasuk kehilangan khidmat pemain tengah, Estrada yang akan digantung perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan