Malaysia Perlu Belajar Dari Korea, Jepun:Santokh

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan pasukan Korea Selatan dan Jepun melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan menunjukkan mutu bola sepak di rantau Asia semakin meningkat.

Bagaimanapun, Malaysia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan prestasi kedua-dua pasukan itu, kata bekas pemain pertahanan tersohor negara, Santokh Singh.

Selain komitmen tinggi, Korea dan Jepun telah lama mengadakan program latihan di negara Eropah, katanya ketika diminta mengulas pencapaian pasukan Asia pada Piala Dunia di sini semalam.

"Tidak seperti Malaysia yang baru sahaja hendak menghantar pemain berlatih di luar negara. Itupun apabila balik jurulatihnya digantung," katanya yang merujuk penggantungan jurulatih Azraai Khor Abdullah sebaik pulang dari latihan di Slovakia awal bulan ini.

Selain itu, Santokh juga menyuarakan kekesalannya terhadap kemerosotan kedudukan pasukan kebangsaan berbanding pada zamannya ketika mereka menewaskan Jepun dan Korea Selatan sebelum layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Santokh dan Datuk Soh Chin Aun, disifatkan sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada era 70-an, bersama pemain lagenda negara Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R.Arumugam, digelar 'Spiderman' turut membantu pasukan negara layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Bagaimanapun, Malaysia memboikot Sukan Moscow ketika itu.

"Suatu masa dahulu, skuad negara boleh berada pada tahap yang lebih baik berbanding Korea Selatan dan Jepun. Sayanglah...kini kedudukan pun di ranking 157 dunia. Dulu Malaysia dalam lingkungan 95-97," katanya.

Sementara itu, pendapat Santokh pula turut dikongsi bersama oleh pemain veteran Ho Hon Seong, yang mewakili pasukan negara dari 1979 hingga 1984.

"Malaysia memperkenalkan era bola sepak profesional pada 1987 tetapi malangnya selepas 23 tahun, prestasi pasukan lain seperti Korea Selatan, Jepun dan Iran telah meningkat berbanding dengan kita.

"Kini pasukan itu berada di tahap lain dengan kita," jelasnya.

"Saya tidak faham, pemain kini mendapat khidmat kejurulatihan yang lebih baik, menerima imbuhan yang selesa tetapi masih tidak dapat menampilkan mutu persembahan yang diharapkan," katanya.

Korea Selatan melangkah ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik pada Piala Dunia setelah seri 2-2 dengan Nigeria manakala Jepun menewaskan Denmark 3-1 pada awal pagi tadi untuk melaykkan diri ke peringkat yang sama.

Korea akan menentang Uruguay hari ini sementara Jepun berdepan dengan Paraguay Selasa depan bagi merebut tempat ke suku akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan