Ronaldo Tetap Isi Skuad Utama: Queiroz

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldo tonggak utama Portugal.
Ronaldo tonggak utama Portugal.

PENGURUS Portugal, Carlos Queiroz memberitahu dia tidak akan meletakkan pemain sayap, Cristiano Ronaldo di bangku simpanan menjelang pertemuan dengan Brazil malam ini walaupun berdepan kemungkinan beberapa pemain bintangnya akan digantung perlawanan.

Queiroz menegaskan Portugal hanya perlu fokus untuk melepasi halangan terakhir peringkat Kumpulan G.

Pada masa sama, Queiroz memberi amaran awal kepada anak buahnya bahawa Brazil akan mengambil setiap peluang menerjah pintu gol Portugal jika benteng pertahanan pasukan itu rapuh.

Queiroz begitu prihatin mengenai kad kuning yang diperoleh Ronaldo ketika Portugal terikat seri 0-0 dengan Ivory Coast 15 Jun lalu.

Menurutnya, beberapa kesilapan yang dilakukan pengadil telah menjejaskan permainan menarik sepanjang aksi Piala Dunia kali ini.

Brazil sudah melayakkan diri ke kelompok 16 pasukan terakhir dengan dua kemenangan manakala Portugal mengumpul empat mata.

Namun, mereka boleh tersingkir awal andai kecundang di tangan Brazil dan Ivory Coast mencatat kemenangan ke atas Korea Utara malam ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan