Australia, Serbia Berputih Mata

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Serbia, Nemanja Vidic (kanan) dan Josh Kennedy dari Australia (tengah) berlaga di udara ketika pertamuan di Stadium Free State di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Foto AP
Pemain Serbia, Nemanja Vidic (kanan) dan Josh Kennedy dari Australia (tengah) berlaga di udara ketika pertamuan di Stadium Free State di Bloemfontein, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Foto AP

WALAUPUN Australia mengatasi Serbia 2-1 di Nelspruit awal pagi tadi, kemenangan itu tidak membawa apa-apa makna apabila menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa menanggung derita tersingkir awal pada aksi final peringkat kumpulan.

Juara Kumpulan D, Jerman menewaskan Ghana 1-0 pada perlawanan berasingan tetapi pasukan benua Afrika itu turut menempah tiket ke kelompok 16 terakhir walaupun tewas.

Serbia sepatutnya berada di depan dengan selesa pada babak pertama tetapi Milos Krasic gagal memanfaatkan peluang terbaik.

Pada babak kedua, Australia menguasai semula perlawanan apabila Tim Cahill meletakkan pasukan itu di depan dengan menanduk masuk gol pertama pada minit ke-69 sebelum pemain gantian, Brett Holman meledak gol kedua.

Pemain gantian Serbia, Marko Pantelic meletakkan pasukan itu kembali dalam saingan apabila merembat masuk gol pertama dari jarak dekat pada minit ke-84.

Meskipun gagal melangkah ke pusingan kalah mati, kemenangan itu merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan dan berharga buat Australia.

Serbia dan Australia tidak pernah bertemu dalam mana-mana perlawanan sebelum ini tetapi kekecewaan jelas dirasai Serbia apabila tewas pada perlawanan akhir peringkat kumpulan dan gagal menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terbaik.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan